Seni inai terkenal di kalangan orang India. Turun-temurun mereka tak lupa pada adat berinai. Upacara berinai ini akan bermula sehari sebelum hari perkahwinan.
Malam berinai akan berlangsung dengan penuh warna-warni berselang tarian. Pengantin perempuan akan mula memakai inai penuh pada kedua belah tangan dan kaki, diikuti dengan saudara-mara dan rakan-rakan untuk memeriahkan lagi malam berinai.
Di Kuala Lumpur, sekarang ini inai paling senang didapati di kawasan Masjid India. Tetapi tidak sebelum tahun 1997. Selama enam tahun, saya berulang-alik ke India mempelajari selok-belok berinai dari pakar-pakar di Bombay, Simla, Banglore, Madras dan Kerala di India. Akhir sekali pada tahun 1997, saya telah memohon dan berjaya mendapatkan tempat berniaga di Pasar Ramadhan Jalam Tuanku Abdul Rahman. Pada ketika itu, tidak ada pengusaha lain yang mengamalkan seni ini di situ. Tak sangka cukup ramai yang beratur, sehingga tak menang tangan. Sehingga ke hari ini, saya masih tak dapat lupa dengan rezeki yang diperolehi itu, yang merupakan pembakar semangat untuk terus menginai. Keadaan demikian berulang ke tahun 1998, tetapi di tahun itu tiba-tiba timbul pula ramai pengusaha inai di Masjid India, macam cendawan tumbuh! Bangga sungguh saya kerana agaknya melihat sambutan orang ramai terhadap perkhidmatan menginai saya, ramai pula yang turut mencuba nasib.
Mulai hari itu, saya banyak mengambil bahagian dalam trade shows yang dianjurkan terutama oleh Kraftangan Malaysia. Terima kasih sungguh kepada Kraftangan Malaysia dan TDC kerana segala sokongan dan galakan mereka.
Di Brickfields, Bukit Bintang dan di seluruh Malaysia inai telah menjadi satu trend. Kerana inai inilah, dengan permulaan kecil di Masjid India, saya di bawah nama Henna Design telah pusing satu dunia. Alhamdulillah! Seni inai telah menaikkan saya.
Untuk tempahan inai di seluruh Malaysia, saya memberikan perkhidmatan lawatan ke rumah dan boleh dihubungi di 013-6099914 atau 012-6893032 atau 016-6066613.
Saturday, October 24, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)